PENGENALAN

Swakarya Media merupakan sebuah firma milik perkongsian yang telah ditubuhkan pada Mac 2006. Bermula daripada pengalaman yang diceburi dalam bidang ICT sejak tahun 1995 sehingga sekarang menjadi pendorong kepada kami menjalankan aktiviti sebagai “technopreneur” dalam menyediakan perkhidmatan perkomputeran kepada pelanggan-pelanggan kami. Gabungan kepakaran dengan Rakan Strategi dan Rakan Teknikal memberi keyakinan kepada kami untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

 

Hal ini menjadi cabaran besar kepada kami untuk bergerak selari bersama arus teknologi dalam bidang perisian dan perkakasan yang selalu berubah pantas.  Sebagai menyahut cabaran ini, segala pengalaman dan kepakaran yang ada akan digunakan untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

 

Secara ringkasnya, urusan perniagaan sekarang bergerak pantas dengan adanya kemudahan teknologi ICT dan penggunaannya harus dimanfaatkan.